FORGED IN THE FIGHT : ROWE RACING MENGHADAPI CABARAN DI NÜRBURGRING
GT World Challenge Europe powered by AWS kembali ke Nürburgring, Jerman, dari 28th - 30th Ogos 2026, ketika kejohanan memasuki pusingan kedua terakhir musim ini.
Berlangsung di litar mencabar Nürburgring Grand Prix, perlumbaan endurance selama tiga jam menyaksikan persaingan sengit dan penuh ketidakpastian, dengan beberapa tempoh Safety Car menambahkan lagi drama sepanjang perlumbaan.
Bagi ROWE Racing, hujung minggu ini menjadi ujian sebenar terhadap ketahanan, konsistensi dan fokus kejuaraan, dengan kedua-dua jentera BMW M4 GT3 EVO menghadapi cabaran yang berbeza sepanjang perlumbaan.
#998 ROWE RACING : Keputusan Gold Cup Yang Amat Penting
Dipandu oleh Jens Klingmann, Tim Tramnitz dan Ugo de Wilde, #998 BMW M4 GT3 EVO mengekalkan rentak yang konsisten dalam perlumbaan yang dipengaruhi oleh perubahan keadaan serta beberapa tempoh Safety Car.
Ketiga-tiga pelumba tersebut berjuang sepanjang perlumbaan tiga jam untuk menamatkan perlumbaan di tempat ke-4 dalam Gold Cup.
Walaupun ia merupakan perlumbaan Gold Cup pertama bagi pasukan ini musim ini tanpa keputusan podium, keputusan tersebut tetap membawa nilai penting dari segi kejuaraan.
Mata yang dikutip di Nürburgring sudah cukup untuk melonjakkan kru #998 ke kedudukan pertama dalam kedudukan keseluruhan Gold Cup Endurance, sekali gus memberikan ROWE Racing kelebihan penting menjelang perlumbaan penutup musim.
Bagi Klingmann, Tramnitz dan de Wilde, tumpuan kini beralih daripada satu perlumbaan kepada satu matlamat utama memburu kejuaraan.
#98 ROWE RACING : Terus Berjuang Dalam Keadaan Sukar
#98 BMW M4 GT3 EVO, yang dipandu oleh Raffaele Marciello, Augusto Farfus dan Jake Dennis, berdepan hujung minggu yang jauh lebih mencabar dalam kategori Pro Cup.
Selepas sesi kelayakan yang sukar, kru tersebut menghadapi beberapa lagi halangan ketika perlumbaan, termasuk tempoh Full Course Yellow (FCY) yang tidak memihak kepada mereka dan menyebabkan kehilangan kedudukan yang ketara di litar.
Hentian pit ketika perlumbaan berada di bawah keadaan green flag turut menyebabkan masa berharga terkorban, menjadikan usaha untuk kembali mengejar kelompok hadapan semakin sukar.
Walaupun pasukan terus berusaha untuk melakukan pemulihan, #98 akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat ke-38 keseluruhan.
Hujung Minggu Yang Sukar, Namun Membawa Ganjaran Beharga
Team Principal ROWE Racing, Hans-Peter Naundorf, mengakui bahawa pasukan sebenarnya menjangkakan keputusan yang berbeza di Nürburgring.
Tetapan jentera tidak memberikan tahap prestasi yang diharapkan oleh pasukan, manakala masa hentian pit turut menambahkan satu lagi cabaran ketika perlumbaan berlangsung.
Namun begitu, di sebalik segala kesukaran yang dihadapi, Naundorf menekankan satu perkara positif yang amat penting daripada hujung minggu tersebut:
“If we want to take something positive away from the weekend, it is the fact that we have taken the overall lead in the Gold Cup.”
Kelebihan dalam kedudukan kejuaraan ini kini memberikan ROWE Racing asas yang kukuh untuk menghadapi pusingan terakhir musim ini.
Tumpuan Masa Hadapan
Nürburgring mungkin tidak memberikan keputusan podium yang diharapkan oleh ROWE Racing, namun #998 BMW M4 GT3 EVO meninggalkan Jerman dengan sesuatu yang lebih berharga, kedudukan pendahulu dalam Gold Cup Endurance standings.
2026 GT World Challenge Europe Endurance Cup akan melabuhkan tirai di Portimão, Portugal, dari 16th - 18th Oktober 2026. Dengan Jens Klingmann, Tim Tramnitz dan Ugo de Wilde kini mendahului kedudukan Gold Cup Endurance, perebutan kejuaraan bakal ditentukan dalam satu perlumbaan terakhir.
Kini, kejuaraan bukan lagi mengenai apa yang mungkin telah berlaku. Ia adalah mengenai apa yang akan berlaku seterusnya.
ROWE RACING : SATU PERLUMBAAN TERAKHIR. SATU PERTARUNGAN TERAKHIR. SATU KEJUARAAN UNTUK DIBURU.
Keputusan Rasmi Perlumbaan:
.png)
Racing Tech Lubricants Sdn Bhd
Pengedar Eksklusif ROWE Germany di Malaysia
02 Sep 2026